Resepi Acar Jantung Pisang

Hai korang buat apa tu? Dah makan? lama pulak rasa CikSue tak tempek resepi kat blog,sejak akhir-akhir ni jadi hilang mood nak melayari dunia alam maya ni ,fuhhh ayat hahahaa,ntah la rasa tak de feel dah bukan blog je ,facebook ke insta ke,kekadang update pun kerana terpaksa ,gituuuu tak de jiwa orang kata.Biasa la kan masa berubah dan berjalan,ada masa ok ada masa tak.Cik Sue pun slowkan sikit aktiviti sekarang sebab masalah kesihatan yang tak menentu kejap sihat,baru nak lasak-lasak dah sakit balik,ujian dan teguran dari Allah la tu supaya ingat kat Dia banyak-banyak kan.

Eh panjang lak membebel,korang makan tak sayur kampung Jantung Pisang? ada orang tegur Cik Sue beli jantung pisang katanya macam orang tua-tua makan sayur gini,errrrr orang muda tak leh makan ke? Cik Sue memang gemar sayur-sayur dan ulam-ulam kampung ni,ye la ai kan orang kampung juga,jantung pisang ,pucuk paku pucuk ubi,keladi sedap tauuuu ,kena cari masak bertambah la nasi.

Sejak-sejak ada Humaira ni lagi kerap Cik Sue beli jantung pisang sebab jadi milk booster untuk banyakkan susu badan Cik Sue ni,orang lain tak tahu la tapi dengan Cik Sue memang serasi.Kalau malas selalu celur je cicah budu atau sambal tempoyak tak pun rajin sikit buat kerabu atau teresek menu orang pantai timur goreng campur isi ayam dan rempah kari.Tapi lama-lama jemu la pulak,pastu teringat ma penah buat acar berkuah santan,so Cik Sue cuba la buat senang je rupanya.

Jom tengok resepi Cik Sue nak kongsikan :

Bahan :
1 biji jantung pisang sederhana besar-belah 4 rebus dengan sesudu garam separuh empuk,toskan.
2 sudu besar cili boh atau cili giling
2 sudu cuka putih atau cuka epal
1/2 biji bawang besar hiris
1 kotak santan -200ml
air -sukatan 1 kotak santan 200ml
garam/gula secukup rasa

bahan kisar:
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
1/2 biji bawang besar

Cara : 
-Tumiskan bahan kisar dan cili boh sampai naik minyak.
-Masukkan santan dan air sampai mendidih
-Masukkan jantung pisang dan bawang besar hiris tadi.
-Biar mendidih sekejap dan masukkan cuka ,garam dan gula.
-Gaul sebati dan tutup api.


Ni Cik Sue buat cair sikit kuahnya,kalau nak pekat tambah air sikit je,biar menggelegak sampai pekat santan tu ye.Sedap makan ngan nasi lawankan dengan ikan goreng atau ayam goreng.Tu pun dah cukup bertambah nasinya,makan panas-panas pulakkan.Alhamdulillah menjadi sama macam ma buat walau tak 100%.Bolehlah buat lagi nanti.Cubalah mana tahu kena dengan selera korang kan.


Pakej Majlis Perkahwinan Jimat dengan Mega Wedding

Zaman sekarang ni rasanya ramai dah tahu kos perkahwinan memang tinggikan untuk buat majlis dan jemput kawan-kawan sudara-mara,lainlah kalau buat akad nikah,goreng mihun ngan air sirap je hehhehehe.Tapi nak lah jugak majlis sanding dan jamu rakan-rakan serta saudara-mara kan? Sebenarnya ada je pakej murah kalau pandai cari.



Sabtu lepas Cik Sue sempat hadiri majlis perkahwinan beramai-ramai di Marina Putrajaya iaitu Mega Wedding 1.0,2018 anjuran www.mahligaiimpian.com  . Majlis bermula sekitar jam 12.30 ke 1 petang dengan menanti ketibaan para pengantin menaiki cruise selepas di akadnikah paginya di Masjid Putra.Meriah sangat tetiba terkenang wedding sendiri heheheheh kalau tau buat kat sini je dulu ecehhhh,dah macam VIP pulak majlis siap naik cruise kan?.Pengantin di turunkan dari cruise di Jeti Marina Putrajaya dan diarak ke pelamin di tepi tasik juga.



Bagaikan putera puteri di arak dengan paluan kompang ke singgahsana wahhhh turun dari cruise lalu karpet merah terbentang terus ke pelamin,dan terus bersanding.Sanak saudara danrakan-rakan mengiringi dan menepung tawar pengantin.Meriah bia berangsung majlis beramai-ramai ni.





Selamat pengatin baru kepada  seramai 8 pasangan diraikan pada 3 Mac lalu di Mega Wedding ini :


-Fauziah Binti Mt Salleh & Mohd Zamri Binti Azmi
-Saiful Uzam Bin Samsuri & Noor Hanida Binti Othman
-Ainaa Ashura Binti Anuar & Mohamad Zaidi Binn Zakaria
-Muhammad Rusyuddin Bin Abd Rahim & Syazana Syairah Binti Jamalidin
-Abdul Qaiyum Bin Md Yusof & Surgawi Binti Haimi
-Nur Shahirah Binti Mohamad Radzi & Muhammad Anas Bin Jamaludin
-Malisa Bt Isa & Ir Muhammad Hafizzudin Bin Hasan
-Amzar Bin Azhar & Aisyah Humairah Elsie Bt Jemat

Lokasi Perkahwinan Ekslusif dan Cantik.

Apa yang Cik Sue perhatikan bestnya melangsungkan perkahwinan dengan pakej murah dan beramai-ramai ni,lokasi di Putrajaya ni sememangnya ramai yang tahu sangat cantik di tepi tasik,sesuai sangat untuk photoshoot gambar-gambar perkahwinan korang.Lokasi majlis pun lapang senang nak susun atur untuk majlis,parking pun mudah tak perlu bersesak-sesak dan sempit.Segala kemudahan dah tersedia.Bila di hias dengan hiasan perkahwinan nampak majlis itu ekslusif sangat.Cik Sue suka dengan lokasi dan susun atur majlis,lapang walau ramai tetamu tak sesak dan sempit.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa,nak berarak,bersanding pun nyaman je hehhee.




Menu Simple tapi Sedap.

Hidangan kat majlis ni pun Cik Sue puas hati sangat,ada daging rendang,ayam masak merah,dalca n lain-lain.Walau simple tapi masakannya sedapppp,serius Cik Sue makan bertambah dengan muka tak malunya hahahaha,Mr D pun kata daging rendangnya tu sedap,lembut sangat,kami prang last yang bangun dari meja tu tau hehehhe.Berbaloi sangat dah dengan harga pakej RM7000 ni.




Makan beradap tuk setiap pengantin di sediakan meja masing-masing,ikut nama ye,dengan mak ayah sekali,lepas tu pulak ada majlis potong kek,comel je kek masing-masing,potong serentak pulak tu ramai-ramai,happening sangat hehehhe.Satu lagi Cik Sue suka ruang makan untuk tetamu luas dan ada jarak dengan pelamin dan meja pengantin jadi tak lah sesak nak mencelah ambil gambar semua,mudahkan.Oh ya bagusnya catering diorang Cik Sue prhatikan pantang bekas makanan atau minuman surut sikit mesti tambah terus,baguslah tak payah tetamu tertunggu-tunggu.









Dah habis makan sambil-sambil nak balik tu boleh pulak Mr D singgah kat booth aiskrim la,ada popcorn juga dannnnn yang suka posing-posing tu ada photobooth lagi,bestkan majlis gini.




Okey jom tengok apa yang korang akan dapat bila ambil pakej Mega Wedding ni :

1) 200 pax jemputan untuk setiap pasangan

2) Menu Katering istimewa

3) Live show daripada band terpilih

4) Deejay Jemputan dan PA System

5) “Door Gift” untuk setiap tetamu

6) Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara

7) Liputan khas daripada media

8) Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa

9) Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan

10) Pelamin Eksklusif istimewa

11) Pelamin Nikah di dalam Cruise

12) Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya

13) Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan

14) Kek Kahwin untuk semua pasangan

15) Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)


Haaaa siap checkin hotel Shangri La tu,bestnyaaaa boleh rehat-rehat memadu kasih gitu ewahhhh...oh ya slot seterusnya adalah pada 4 Ogos dan 3 November nanti ,jadi cepat-cepat grab peluang tau,mana nak cari pakej murah dan ekslusif gini kan,haihhhh napa la masa kahwin dulu tak tau benda gini ehhhhh hahahhahaa

Untuk mklumat lanjut korang boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah ye,jangan tunggu-tunggu lagi nanti penuh haaa tengok je la dari jauh hehehhe:

Website : www.mahligaiimpian.com
IG : @mahligaiimpianofficial / @MegaWeddingMalaysia
FB : Mega Wedding Malaysia
Whatssap: http://www.wasap.my/60189634563/MegaWedding


Posing jap,boleh lak tudung sama ngan background hahahaha



Lazz Susu Kambing : Khasiat untuk seisi keluarga.

Hai semua? sapa peminat susu kambing? sekarang banyak dah kan ada di pasaan,macam-macam jenama.Cik Sue bukan peminat susu okeh,kambing ke lembu ke unta ke hehhehe susu soya je air minum.Sekali masa mengandungkan Humaira siap kena paksa dengan doktor minum susu huhuuuu demi anak tercinta ibu dia ni tahankan tekak cari susu yang boleh di minum.Akhirnya kawan cadangkan Lazz Susu Kambing,mula-mula beli yang organik tak de perisa,memang Cik Sue tak boleh telan,sebab kosong,sekali cek rupanya ada campuran perisa lain jenama Lazz ni,yeayyyy.


Campuran Lazz Susu Kambing :



Rupanya susu kambing Lazz ni banyak lagi perisa dan campuran lain,jadi mana yang macam Cik Sue tak leh telan susu kosong tu jangan risau ye :

1. Lazz asli - susu kambing kosong.
2. Lazz Kurma - Campuran susu kambing dan kurma,yang ni Cik Sue amalkan dari masa mengandung lagi.
3. Lazz Choco- campuran susu kambing dan coklat,memang sedap bagi penggemar minuman bercoklat.
4. Lazzcafe - perisa baru yang jadi kegemaran Cik Sue campuran kopi lazat,sesuai tuk penggemar kopi.

Campuran susu kambing yang kurang gula dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Susu kambing Lazz ni khasiatnya memang sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan,contohnya dari bayi 2 tahun hingga la ke warga tua semua boleh amalkan susu Lazz ni.Malah golongan yang berikhtiar untuk mengandung,ibu mengandung yang berpantang dan menyusukan bayi pun sangatlah elok ambil susu Lazz ni.Tambahan lagi susu Lazz no memang kurang gula ,jadi sesuai juga untuk yang berdiet dan jaga pemakanan sihat ye.Khasiat dari makanan Sunnah susu kambing dan kurma kita pun tahu memang elok untuk ibu-ibu yang berusaha untuk mengandung dan ibu menyusu.


Testimoni Cik Sue

Bagi Cik Sue susu Lazz Kurma tu memang menjadi bekalan wajib dah setiap bulan,memang suruh husband atau sendiri akan beli.Dari awal mengandung sampailah sekarang Humaira dah setahun 4 bulan masih amalkan.Selain bekalkan tenaga,minum susu ni jugak dapat elakkan Cik Sue dari kena gastrik,Cik Sue ni memang pantang kalau lambat makan ikut waktu,mula la masuk angin perut dan terus gastrik la,pedih perut la.Bila amalkan susu Lazz ni Cik Sue akan ambil segelas waktu sarapan dan pukul 11 pagi jadi kalau lambat makan tengahari sebab sibuk uruskan anak,tak de la pedih perut.Susu ni pun mengenyangkan,ta terasa nak makan banyak.Dan satu lagi sangat membantu untuk Cik Sue dapatkan khasiat dalam proses susukan anak,ye la zat semua dah di sedut anak kan hehhhe kena la tambahkan khasiat dalam badan sendiri lak,

Perisa kegemaran Cik Sue : Lazzcafe



Sekarang yang terbaru Cik Sue dah jatuh cinta dengan perisa baru Lazzcafe,memang kena sebab Cik Sue penggemar kopi,tak kisal la apa-apa kopi pun.Jadi selain ada khasiat Lazzcafe ni memenuhi selera Cik Sue la,layan segelas panas-panas sebelum tidur,wahhhh memang syok.Lazat dan kurang manis,sedang-sedang sahaja.En suami pun suka pagi-pagi minta segelas sebelum pergi kerja.

Bagaimana nak dapatkan :


Sekarang kalau korang nak beli susu Lazz ni ada pakej kombo di sediakan ye,korang boleh pilih mana yang sesuai dengan keperluan masing-masing  :

1. Set Ibu Mengandung - 1 Lazz Kurma + Lazz Choco. Sesuai untuk ibu hamil yang inginkan khasiat terbaik untuk kandungan dengan mengamalkan pemakanan sihat.
2. Set Ikhtiar Hamil - 1 Lazzcafe+ 1 Lazz Kurma. Sesuai diamalkan sebagai salah satu ikhtiar dan makanan sihat untuk hamil.
3. Set Ibu Menyusu - 1 Lazz Kurma + 1 Lazz Choco + 1 Lazzcafe. Kebaikan  ekstrak kurma dan susu kambing membantu menggalakkan susu badan.
4. Pakej Jimat stok anak sebulan - 6 kotak Lazz Asli, Kurma atau Coklat. Kebaikan semulajadi susu Lazz untuk kanak-kanak bermula 2 tahun ke atas.
5. Set Ibu berpantang dan menyusu  - 3 kotak Lazz Asli. Untuk ibu menyusu minum sebagai salah satu ikhtiar banyakkan susu badan dan elakkan kuning bayi.

Delivery ke depan pintu 

Susu pun ada delivery,eh mestilah lagi mudah  order je dan akan di hantar ke depan pintu rumah anda ye,senang kan? 





Maklumat Lanjut:








Whatsapp: +6010-8232600


Telefon: 1-800-88-5299



18% Pulangan Membeli-belah Sempena Hari Gaji Shopee



Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

No
Kategori
Kategori Kecil
1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
*Sila rujuk infografik dilampirkan


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 


Resepi Kepak Ayam Pedas ala Korea

Kebetulan adik ada kat rumah,ajak keluar jalan-jalan pi DPulze Cyberjaya,masuk Jaya Grocer cari bahan pavlova ,nampak je kepak ayam terus tanya adik,masak kepak ayam nak balik kang,tapi tak tau nak masak apa,sekali adik kata buat la macam kepak ayam Korea tu yang ada bijan tu.Errrr kakak mu ni tak layan kpop wehhh gue tau kimchi je hahahahha.Terus google tengok rupa macam mana bentuknya,sekali tengok bahan,hurmmm boleh kot try buat kat rumah ikut apa bahan yang ada je la eh.

Resepi Korean Sticky Chicken Wings

Nak ke Korea macam Kembara Kbba9 ke Korea tak di lepas lagi,jadi kita buat la menu ala-ala Korea kan pastu makan sambil feeling-feeling hahahah.Jom tengok resepi Cik Sue yang ala-ala ni hehehhe.

Bahan :
6 ketul kepak ayam
3 sudu madu
3 ulas bawang putih cincang
garam
lada hitam
1 sudu cuka apple
2 sudu gula
2 sudu air
2 sudu serbuk cili Baba's (sepatutnya gula serbuk cili korea Gochujang tapi mana mau cariiiii? hahahha)
bijan yang di sangai

Caranya:
1. Lap ayam dengan tisu dapur,gaulkan dengan lada hitam dan garam, letakkan atas baking paper dan dulang pembakar,bakar pada suhu 250 dc selama 40 min.
2. Sementara tu guna kuali,masukkan semua bahan dalam kuali,guna api perlahan dan kacau semua bahan sampai pekat dan jadi sos,adamkan api.
3. Bila kepak ayam dah masak,gaulkan sebati dalam sos sampai menyaluti semua bahagian ayam.
4. Hidangkan dalam pinggan dan taburkan bijan.

Mudah je kan? En somi suka sebab tak de la pedas sangat agaknya kalau guna cili Korea tu mesti pedas lagi agaknya ye,mana la Cik Sue tahu tak pernah lagi makan heheheh.
Ok la untuk cuba di rumah,mudah dan senang je caranya.Cubalah korang eh.Sedappppp....



Kek Sedap di My Own Bakes by Sinfood

Amaran : entry ini akan membuatkan air liur anda meleleh,risiko atas tanggungan sendiri hahahhaaha.....

Ni cerita cuti Thaipusam hari tu,keboringan di rumah,apa lagi pujuk-pujuk gosok-gosok la en suami ajak keluar.Tepu tau kepala otak terperap kat rumah,kena la keluar hirup udara segar,tengok orang eh tengok gelagat orang,baru terbuka minda sikit.Biasa la surirumah kan,masa banyak kat rumah,sesekali kena la keluar,me time katanya tapi tak me time sangat la sebab akan heret anak laki jugak.

Kali ni nak cuba kek sedap di My Own Bakes by Sinfood Cafe di Kinrara 8,lokasinya berdekatan dengan stesen LRT berhadapan Old Town.Mula-mula masuk ingat kedai Chinese sebab ramai pelanggan Cina kat dalam,sekali tengok staf semua melayu.Buka pintu masuk Cik Sue dah teruja,cantiknya kedai.



Kawasan kedai sini baru buka,banyak lagi lot kedai yang tak berpenghuni,kiranya cafe ni antara yang terawal la.Selesa je masuk,hiasan cantik,kemas dan bersih,nyaman juga tak de bau-bau yang tak menyenangkan,ok lulus hehhhee.Humaira pulak terus excited nampak sudut mainan sebelah kanan pintu masuk,terpaksa la lepaskan dia kat situ,ayahnya jaga sementara ibu menjelajah cafe best ni hhehhee.


Cik Sue apa lagi terus menjenguk apa menu yang ada,alahaiii terus berbunyi perut,macam-macam pastri,cupcake dan kek ada,nampak sedapppp betul,kejap lagi rasa tengok macam mana pergi dia.Cik Sue ni bukan la penggemar kek yang ada icing-icing tu tapi kek-kek yang kering sikit tu ha Cik Sue suka.Kat cafe ni selain dessert atau pencuci mulut,kek dan pastri ada juga menu pasta dan makanan berat lain,jadi kalau ada yang lapar belum lunch ke boleh la order sementara kawan yang lain menikmati minum petang atau pencuci mulut lain.







Sementara tunggu makanan sampai sempat la Cik Sue posing-posing layan dak kecik tu dulu,tq en suami sudi melayan ambil gambar,harus la kan kedai cantik kena posing la.Selesa sangat kat cafe ni,memang santai,untuk pelajar nak lepak buat homework atau assignment pun ok,kalau yang nak bincang bisnes juta-juta tu pun memang sesuai sebab agak privacy juga cafe ni,ada ruangan khas tuk santai dan berbual macam ruang tamu rumah pun ada.





Cantik kan? kemas dan selesa,luas juga ruangnya,seronok Humaira pusing-pusing.Bersantai macam kat rumah pulak sib baik tak buka kasut je kikiki.Oh ya,cafe ni juga menawarkan kepada pelanggan yang nak buat majlis hari lahir atau reunion,boleh buat tempahan ye,nak buat majlis perpisahan ke kan.sesuai sangat-sangat.Eh jom tengok apa yang di hidangkan kepada kami.

Itu bukan beer ye ,jgn kecam hahahhaa itu air Iced Tropical Shaken Tea memang ada buih hehhe
sedap,refreshing sangat.

Haaaa ni la hidangan berat yang ada di cafe ni semua sedap-sedap,Cik Sue rasa semua  tau,kongsi-kongsi.

Bolognese Pasta
Dalam 3 jenis hidangan pasta yang di hidangkan Cik Sue suka sangat yang bolognese ni,sosnya bukan pakai yang dalam tin tau,tomato pun blend sendiri,padu je rasa tomatonya tu,Ya Allahhhh sedap yang amat,ownernya sendiri cerita sos tomatonya buat sendiri ,rebus dan blend tomato tu,letak herb dengan resepi sendiri.Rasa sos pun sedang-sedang tak masin dan masam sangat,just nice orang kata.Cik Sue rekemen korang cuba yang ni bila datang tau.

Carbonara Pasta
Carbonara Pasta ni pun sedap,ni bukan kegemaran Cik Sue tapi sosnya tetap sedap,dan Mr D suka sangat yang ini.Katanya tak muak pun,berkrim tapi tak cepat muak,makan banyak pun ok.Oh ya ada beef tau dia masukkan,sedap giler beef tu,Cik Sue dok kutip je hahhaa,ala-ala daging salai rasa daging tu.

Aglio Olio Pasta
Cik Sue kurang sikit yang ini sebab tak de kuah,hahahha dasar tekak sempit,tapiiiiii sedap juga tak de la kering sangat masih ok,Yang pasti terasa herba-herba yang di masukkan tu,dan tak terlalu berminyak.

MOB Special Waffle
Ini katanya signature dish cafe ni,tak tipu memang sedap,tak manis melenting pun hehehe,sedang-sedang je,psttt Cik Sue suka pretzel tu hehhehe ranggup dan sedap,sib baik ada sikit kalau banyak memang ku kutip je la.wafelnya lembut je,sdap kunyah.Di hidang dengan aiskrim dan topping coklat tu aishhhh dah terliur balik ni.

Tuna Sandwich
Okeh yang ini kalau korang datang belum lunch atau agak lapar perut tu,sila order,fuhhh sedap croisant dia tu lembut dan tuna tu memang kenaaaaa sangat,satu pinggan ni kenyang wehhhh makan sorang,boleh kongsi berdua kalau korang tak kedekut hehehe.


Amacam,menarikkan menu-menunya,eh tungguuu belum habis lagi.Apa barang datang cafe ni kalau tak pekena kek sedap diorang yang menjadi tarikan utama dan laris bak goreng pisang panas kan haaa harus la Cik Sue kena cuba, baru la lengkap datang lepak kat cafe ni.

kek-kek yang menjadi tarikan utama di sini.
Cik Sue kan,pasal kek ni tak tau nak jelaskan rasanya macam mana kat korang tapi tekak CikSue ni rasa kali ni memang makan kek ni memang first class la orang kata,berbaloi dengan harganya.Tak menyesal la orang kata kalau kuarkan duit untuk makanan macam ni.
Red Velvet tau panggilannya kat sini Red Kebaya, sedappp,first time CikSue jadi suka ngan red velvet,selalunya tak beria makan.


Kek Pandan Gula Melaka atau Baba Nyonya,kalau namanya ada rasa pandan bagi CikSue memang sedap la
dengan kepingan kelapa kat atas tu,mak aihhh 

Carrot Cake tapi bukan carrot semata kaya dengan kekacang,psttt CikSue suka yang ini tapi segan nak makan
banyak sebab yang lain kureng yang ni hehhehe.
Kebanyakan keknya tak terlalu manis dan perisanya memang menyerlah macam kek pandan tu,terasa pandannya dan gula melaka.Red velvet tu terbaik setakat ni yang CikSue pernah makan.Mengikut ownernya tiga jenis kek ni memang paling laris setiap hari memang akan habis la.Ada juga di buat dalam versi supcake tapi bagi CikSue sedap lagi  beli yang slice macam ni,puas makan.

Keselurhannya menu cafe ni memang sedap-sedap,korang kena cuba sekali lepak sini,sambil buat kerja ke,try kek-kek diorang berbaloi.Buktinya Cik Sue siap tapau bawa balik hehehhe,terkejut Mr D jarang Cik Sue nak tapau benda gini tau,selalu lauk pauk je kikiki.



Nak cuba korang boleh berkunjung ke cafe My Own Bakes by Sinfood ni di  :

My Own Bakes by Sinfood Cafe
Eight Kinrara
B-LG-11 ,Jalan 5A/3B
Bandar Kinrara 5,
Sebelah Giant berdepan dengan Old Town

di buka jan 11 pagi 10 malam kecuali Selasa
Oh ya cafe ni ada cawangan juga di Subang Parade boleh klik link facebook page ni ye
My Own Bake Cafe